Friday, March 23, 2012

Usaha Mati-matian Apr 7-08

Hmmm bila bercakap pasal buat suatu dengan sungguh-sungguh.. teringat aku pada cerita kawan aku.

Kita selalu sangat menjaja cerita disana dan disini kononnya kita dah cuba pelbagai perkara dalam hidup kita, namun selalu gagal. Bukan tak usaha habis-habis tapi takdir penentu segalanya ‘konon’…

Jadi apa kata korang pulak?? Pasti ramai berfikiran yang sama, sememangnya anda telah cuba bermati-matian tapi masih gagal. Aku pun suatu masa dulu sama jugak, memang melenting punya bila ada yang kata aku gagal sebab buat sesuatu tak bersunguh-sungguh.


Namun akhirnya realiti tiba didepan mata bila aku bertemu dengan seorang rakan. Dia bertanya pada aku tentang beberapa bisnes plan aku yang sebelum ini konon-kononya begitu hangat... Aku bagitau yang setelah aku usaha mati-matian tapi masih gagal..

Hmm korang tau dia jawap apa??

Dia ketawa dan menggelengkan kepala sambil bertanya, “hang tau macammana usaha mati-matian??” Tanya kawan aku tu. “ye la, buat sungguh-sungguh!!” jawab aku yang masih tertanya-tanya.

Sakit hati pun ada, maklumlah kita ni dah besar2 panjang bila diketawakan sebegitu rasa sakit hati dan mengelegak dalam kepala.

“Macam ni lah, balik nanti hang cari BALDI..” kata kawan aku yang seolah-olah mengajar budak baru masuk tadika.

“Lepas tu hang isi air bagi penuh..!!” sambungnya makin lantang. Aku macam boleh agak apa yang nak disuruh kawan aku tu. Tapi biarlah dulu.. aku rasa korang pun mesti dapat agak kan kan kan…

“Wei hang dengar tak cakap aku nie????” Tanya kawan aku setelah diperhatikannya yang aku sedang mengelamun. “ye la, aku dengar la nie” balas aku.


Point Utama

“masukkan kepala hang dalam baldi yang berisi air tu.. kemudian jangan lupa untuk hang ajak adik hang atau bini hang tolong sekali..!! Cakap kat depa, biar apa terjadi sekalipun. Jangan tolong hang, suruh depa tekan kepala hang dalam air tu!!” arah kawan aku.. Gulppppp biar betul takpe-takpe aku dengar lagi citernya.

“Hang rasa hang mati kalau kena tekan dalam air macam tu???” Tanya kawan aku. Korang rasa??

………………….

…………………….

…………………

……………………..

“Aku dulu dah buat muzs.... aku mintak tolong dari bini aku untuk tekan kepala aku, memula aku tarik nafas dalam-dalam, 40saat yang pertama aku cuba bertahan dengan sebaik mungkin….”

“Perlahan-lahan aku terasa tekanan dari tangan bini aku dibelakang kepala aku semakin kuat. Hampir masuk satu minit setengah aku mula mengangkat tangan beri isyarat pada bini aku agar melepaskan sebab rasa dah tak tahan.”

“Malang sekali bini aku buat tak reti sebab matanya sibuk tengok TV yang dipasang kuat dari depan ruang tamu. Apalagi, meronta-ronta aku sampai terbalik baldi tue” Jelas kawan aku.


Pengajarannya

Disaat kamu meronta-ronta meminta dilepaskan… meminta nyawa… maka itulah dia usaha mati-matian. Kalau usaha kamu belum sampai ketahap itu, maka cuba lagi!!!!” Kata kawan aku…

Pada rakan-rakan semua, jangan cepat sangat putus asa, jangan cepat mengalah, jangan menyalah takdir. Sebab dalam kebanyakan hal, kita sebenarnya tidak berusaha bermati-matian dalam mencapai cita-cita.

Aku dah buat!!! Kepala dalam BALDI yang penuh air dan ditekan oleh adik aku!! Sememanngya aku faham pengertian melakukan sesuatu mati-matian. Dalam banyak hal sepanjang hidup aku… percubaan aku diumpamakan sekadar melepasi 20saat yang pertama dalam BALDI tersebut!!!!!!!!!!!!!!

Salam - Muzs


No comments:

Post a Comment