Wednesday, March 28, 2012

Kenapa lelaki begitu dan perempuan begini??

Haaa topic nie jarang orang tulis kan kan kan…

Aku pasti korang pun tak tau apa yang aku nak tulis kali nie… Apa kata kali nie penulisan aku bermula dengan dialog kejam, ok tak??

Hmm ianya berbunyi seperti berikut :

“Abang!! Ohhh abang!! (nada marah) kicapnya mana????” kata siisteri..

“Ya allah, abang terlupa nak beli la sayang.. memula tue abang memang ingat untuk beli kicap tue. Tapi lepas jumpa Wak Kasim seberang tue terus abang lupa..!!”

Pada kita, itu mungkin suatu yang biasa.. Ya lah.. setakat terlupa tue perkara biasa la kan kan kan.. Tapi sedar atau tidak perkara ini sering berlaku pada diri seorang insan yang bergelar lelaki!!
Ampun maaf kaum2 ku sekalian bukan tujuan nak menghina atau merendah-rendah kan martabat kaum sejenis ‘kita’... Tapi sekadar berkongsi dengan anda sahaja.

Mengikut kajian, kebanyakan LELAKI mempunyai persamaan dari segi daya ingatan yang dipanggil AUTO Delete every 10 minutes.

Warghhhh tak percaya??? Betulllllllllllll..

....salah satu scenario diatas telah membuktikan perkara tersebut. Saya masih ingat setiap kali saya memberi ceramah pada kursus saya mahupun perkongsian dengan peserta saya. Secara majority semua peserta saya yang lelaki pasti akan lupa apa yang saya sebut selepas setiap 10minit.

Jadi pada para Gadis manis... jangan la anda marah kalau para teman lelaki anda tidak mengingati tarikh2 penting seperti ulangtahun perkenalan anda, harijadi anda.. mana kan tidak, harijadinya sendiri pun kadang2 dia lupa... So ini adalah kelemahan lelaki, sebab itu berdasarkan suatu kajian mendapati sekiranya seorang pelajar lelaki itu ingin menghadapi suatu peperiksaan.. maka adalah lebih praktikal jika beliau mengamal kan konsep ‘last minute study’...

Amboi bukan main senyum meleret para wanita yang membaca… So lepas ni ada yang janji macam2 dengan para boyfriend masing2 pastu buat2 lupa… Al maklumlah bila dah tahu lelaki ni Auto Delete setiap 10minute..
Occay, tapi tak adil la kalau kita sebut sebelah pihak ajer kan…, perempuan pun ada satu perkara yang best untuk para lelaki ketahui.. Kalau silelaki Auto Delete… maka si perempuan pulak Auto Save every 10Minute. Haaa amacam??? Dialog macammana yang selalu korang dengar dari mulut pompuan??

Cepat, cepat.. cuba korang pikirkan satu..

Ok lah.. oleh kerana korang tak boleh nak piker, so aku kasi kat korang scenario ni mungkin korang biasa dengar ayat kat bawah nie!!!

“Abang!! Abang ingat tak janji abang masa 12tahun dulu masa kita mula-mula kawen.. abang kan ada janji yang nak belikan ayang Rumah Banglow dan kereta Sepot ala ala david beckham punya tue..” ungkit siisteri..
Atau pun dialog macam ni..

“Abang nie, dari dulu sampai sekarang sama ajer.. kalu bukak seluar dalam tue berpintal2 sekali tarik yang dalam pegi keluar.. yang keluar masuk kedalam. Janji 12 tahun dulu konon2 nak berubah laa apa laa... Sama jerk sampai sekarang” bebel siisteri..

So kepada para suami atau para lelaki berhati2 dengan apa yang bakal anda cakap sebab ianya akan diguna pakai oleh “mahkamah keluarga” kendalian isteri anda suatu hari nanti sambil disaksikan para2 juri yang terdiri dari anak-anak anda.

Kalu dipikir2 pikirkan hmmmmm apahal la nak jadi dalam rumahtangga nanti.. Sorang auto save dan sorang pulak auto delete. Pening jugak kan kan kan.. Tapi sebenarnya disitu terletak kebaikannya dimana seorang lupa dan seorang tukang ingatkan. Dan pada lelaki pula mereka mudah melupakan kesalahan2 siisteri dan sering memaafkan segala kesilapannya.. Disinilah kenapa “talak” itu ditangan lelaki disebabkan lelaki membuat keputusan berdasarkan fakta terkini tanpa dipengaruhi ‘emosi’ a.k.a kisah2 lampau.

Sementara perempuan akan mengingatkan silelaki agar berhati2 berdasarkan ingatannya yang begitu jelas seolah-olah setiap kejadian baru berlaku semalam.

Annyway ini bukanlah bermakna yang semua perkara akan terus dilupakan oleh para lelaki.. dan bukanlah semuanya akan terus diingati oleh siwanita. Cuma sekadar peratusan lebih tinggi memihak pada wanita dalam hal2 mengingati suatu perkara..

No comments:

Post a Comment