Friday, March 23, 2012

Ultraman vs Superman Apr 8 - 08



Hmm.. tajuk yang menarik ari nie, korang pernah tengok citer Superman tak?? Kalau masih ingat bagaimana kekuatan Superman yang berusaha sedaya upaya menyelamat dunia dengan kuas yang dimilikinya. Hebat bukan?? Kalau kita memiliki kuasa sepertinya sudah pasti banyak perkara yang boleh selesai kan kan kan.. Dan Superman memiliki kelemahan tersendiri iaitu tak boleh terdedah pada batu krypton.


Rasanya korang mesti tau yang selebihnya, bagaimana dengan Ultraman?? Pernah tengok tak citernya.. kalau yang pernah tengok sure ingat bagaimana kekuatan Ultraman yang hanya memiliki kekuatan terhad dan hanya menjadi Ultraman bila raksaksa datang kan?


Jadi antara Ultraman dan Superman mana yang lebih hebat?? Siapa yang cakap Superman boleh angkat tangan sekarang!! Sapa yang cakap Ultraman pula boleh angkat kaki sekarang!! He he he.. pasti korang terpikir apa yang saya merepek ni kan..

Baiklah apa yang saya ingin kaitkan disini adalah tentang kejayaan manusia dan pengajaran yang boleh diambil dari cerita kedua-duanya diatas.


Kalau kita lihat Ultraman berjaya bukan semata-mata kerana ‘Power’ yang dimilikinya, tetapi berkait rapat dengan bantuan kawan-kawan dari pasukan yang menggunakan kapal terbang dan unit daratnya.

Sememangnya untuk berjaya kita memerlukan sokongan dari kawan-kawan dan orang sekeliling. Tidak ada lagi dalam sejarah manusia dimana kejayaan datang dari diri seseorang sahaja. Kita lihat sahaja bagaimana kehebatan :
1. Gengkhis Khan adalah berdasarkan kekuatan angkatan tentera berkudanya
2. Hang Tuah kerana lima bersaudaranya
3. Bill Gates adalah bersandarkan orang-orang dalam organisasi Microsoft.


Oleh itu jika anda ingin berjaya, keperluan untuk bersama satu kumpulan organisasi yang hebat dan kuat adalah wajib. Ingat, kita sentiasa mempunyai kelemahan tersendiri. Oleh itu sangat penting bagi kita mengenal pasti kelemahan kita dan bekerja bersama mereka yang boleh menseimbangkan kelemahan kita itu.

Ultraman sendiri mempunyai batasan kekuatan kalau anda masih ingat bila lampunya berkelip-kelip didada. Tapi bukan bermakna dia mengalah terus, sebaliknya dia akan pergi menyambung bekalan kuasa dan kembali semula berjuang. Begitulah juga kita jika ingin berjaya, ada masanya kita akan keletihan dalam mencuba. Apa yang perlu kita lakukan adalah berehat sebentar dan menyambung semula usaha tersebut.

Jadi kesimpulannya untuk berjaya anda perlu jadi ULTRAMAN bukan SUPERMAN (nak jadi ultraman Ace ke ultraman Taro ke ultraman Nios ke ikut suka la..)


Ok, sampai disini dulu..
Muzs

1 comment: