Friday, March 23, 2012

Rezeki dihujung tanduk Aug 4, '08


Salam ceria semua..

Huh dah lama jugak akau tak menulis, tetiba ari nie dapat peluang untuk menulis.. Cerita aku nak bawak arini bertajuk rezeki dihujung tanduk.

Pada aku yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia bussiness nie.. Istilah nie adalah suatu yang begitu menakutkan. Terutama bila dekat-dekat nak raya ni. Alkisah bermula bile aku ditawarkan seperti biasa untuk buat teambuilding untuk satu company nie... Punya la seronok sebab dah closed job la kononnya pada minggu ni.

Selang 2hari, dapat pulak panggilan dari university yang lain nak mintak wat outdoor program pulak. Lagi la gembira.. Mula la dah berangan nak tukar sport rim la ape la.

Namun begitu la ketentuan ilahi, kita merancang tapi dia penentu segalanya. Tup2.. semua program cancel dan ade yang postponed...

Mula la terfikir.. susah gile jadi bussinessman nie. Baru nampak bestnya punchcard dan kena maki hamun dengan bos. Huhhhhhhhhh

pilihan yang aku ada...

A.Makan gaji balik (setelah 2tahun berhenti)

B.Ikhtiar dengan lebih lagi..

C.berserah pada takdir....


Yang pasti D.U.I.T. Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal..... Aku kena lipat gandakan doa. Aku Harus gandakan usaha. Aku wajib berikhtiar iaitu mencari idea-idea baru atau pendekatan berbeza. Belum lagi masa untuk aku menyerah begitu sahaja. Bak kata orang Serawak, Agi Idup Agi Ngelaban...


Hmmm mana mungkin semangat yang disemai selama 2tahun terkubur begitu sahaja, mana mungkin api yang marak membara terpadam dengan tiba2.. Hari ini aku bertekad untuk menggandakan lagi usaha dan terus mencari peluang untuk menambah pendapatan..

Aku yakin.. para client aku bukan tak mahu.. cuma belum mahu.. inshaallah bulan hadapan pasti akan lebih cerah lagi buatku. Aminnnnn

Salam - Muzs

No comments:

Post a Comment