Wednesday, June 6, 2012
Wednesday, May 16, 2012
- Sentiasa mengkritik diri dan tidak puashati
- Terlalu sensitif dengan teguran
- Takut mengambil keputusan, ketakutan melampau berhadapan dengan kesilapan
- Keinginan untuk memuaskan hati berlebihan
- Tidak boleh terima kesalahan orang lain
- Terlalu mengharap kesempurnaan yang membawa kekecewaan
- Suka memperbesarkan kesan kesilapan lama, mengeluh dan sentiasa dibelenggu rasa bersalah
- Berasa terancam sepanjang masa
- Bersikap menyakitkan hati tanpa bersebab
- Sentiasa kelihatan negatif dan berfikiran negatif
- Cemburu berlebihan, suka mencari pasal, rasa dizalimi
- Sentiasa berpenampilan kemas dan menarik
- Luaskan jaringan pergaulan
- Lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu
- Dapatkan MENTOR
- Biasakan buat pERkARA bArU
- Berlakon YAKIN
Wednesday, March 28, 2012
Kenapa lelaki begitu dan perempuan begini??
Sunday, March 25, 2012
Pesan Pak Tua
DUIT???? Hmmmmmmmmmmmm memang tak pernah cukup-cukup. Lagi dicari lagi tak cukup, sememangnya kadang-kadang terasa pelik bila tengok ada orang tua dikampung yang boleh duduk rilek-rilek di pangkin bawah rumah sambil mengunyah sireh..
Sedangkan anak 9 orang dan ada diantaranya menyambung pelajaran diuniversiti.. Terasa macam nak pegi tanya jerk.. “macammana pakcik boleh rilek macamni yek?? Ada harta karun belakang rumah ker??..”
Akhirnya aku berkesemapatan untuk bertemu bual dengan seorang pakcik nie, kisahnya bila aku mula-mula sibuk dengan meniaga multilevel marketing dulu.. ada la satu company tue.. Setelah sejam menghabiskan masa untuk bercerita dan meyakinkan pakcik tue, akhirnya aku akur dengan keputusannya untuk tidak membeli sebarang barang yang cuba dipromosi oleh aku..
“baiklah pakcik.. macam2 saya dah citer tapi summer pakcik taknak, apa kata pakcik citer sikit macammana pakcik boleh rilek sampai macamni walhal anak banyak, duit nak pakai sana-sini” tanya aku.
“hmmm macmni lah.. bapak pakcik dulu selalu ingatkan pakcik, sampai sekarang pakcik pun selalu pesan perkara yang sama pada anak pakcik bila depa dah besar panjang..” jawab pakcik tua tanpa menghabiskan ayatnya. Disedut rokok dua tiga kali baru la disambungya semula.. aku lak rasa dah tak sabo-sabo nak mendengar.
“korang sentiasa ingat 70/30..” katanya ringkas
“apa dia??” Tanya aku semula yang makin tak paham.. “nak bagi nombor ekor ker orang tua nie??” Tanya aku dalam hati.
“maksud pakcik begini.. bila kamu mula mendapat gaji, keuntungan, upah setiap bulan.. maka pastikan jumlah perbelanjaan keatas hutang piutang dan bayaran wajib tidak melebihi 30% dari pendapatan.. Pakcik paham kalau tak berhutang, mana nak merasa pakai barang tu kan..!!” jelas pakcik tue
“dan selebihnya 70% dari pendapatan tersebut adalah bebas dari hutang dan maka itu kamu akan rasa bahagia dan bebas untuk kesana kemari melancong atau beli barang yang kamu idam-idamkan.. selagi kamu boleh memegang prinsip ni, maka sebanyak mana pendapatan kamu pun dah tak menjadi masalah..”
Hmmm betul gak,. Ni selama ni aku asyik sibuk cari duit, tapi tak sedar ‘lobang’ yang keluar.. Tue yang rasa tak pernah cukup. Kalu selama ini aku asyik menumpukan bagaimana nak tambah pendapatan, maka kini aku telah menseimbangkan dengan menumpukan bagaimana untuk mengurangkan beban hutang.
So kawan-kawan… ada berani tak untuk declare kat orang keliling yang anda telah mencapai 70/30 atau berada dalam keadaan terbalik… 30/70 haduhhhhhhhhhhhhh patut selama nie terkejar-kejar 1hb bulan seterusnya.. maklumlah menunggu duit untuk bayar hutang.
Kita nie sekadar menjadi penyambung talian untuk courtsmamoth, aeonCredit, along2 dan angah2 he he he.
So apa kata kita mula tanamkan azam, minat dan bertindak untuk mencapai 70/30??
Muzs
Friday, March 23, 2012
Rezeki dihujung tanduk Aug 4, '08
Ultraman vs Superman Apr 8 - 08
Usaha Mati-matian Apr 7-08
Kita selalu sangat menjaja cerita disana dan disini kononnya kita dah cuba pelbagai perkara dalam hidup kita, namun selalu gagal. Bukan tak usaha habis-habis tapi takdir penentu segalanya ‘konon’…
Jadi apa kata korang pulak?? Pasti ramai berfikiran yang sama, sememangnya anda telah cuba bermati-matian tapi masih gagal. Aku pun suatu masa dulu sama jugak, memang melenting punya bila ada yang kata aku gagal sebab buat sesuatu tak bersunguh-sungguh.
Namun akhirnya realiti tiba didepan mata bila aku bertemu dengan seorang rakan. Dia bertanya pada aku tentang beberapa bisnes plan aku yang sebelum ini konon-kononya begitu hangat... Aku bagitau yang setelah aku usaha mati-matian tapi masih gagal..
Hmm korang tau dia jawap apa??
Dia ketawa dan menggelengkan kepala sambil bertanya, “hang tau macammana usaha mati-matian??” Tanya kawan aku tu. “ye la, buat sungguh-sungguh!!” jawab aku yang masih tertanya-tanya.
Sakit hati pun ada, maklumlah kita ni dah besar2 panjang bila diketawakan sebegitu rasa sakit hati dan mengelegak dalam kepala.
“Macam ni lah, balik nanti hang cari BALDI..” kata kawan aku yang seolah-olah mengajar budak baru masuk tadika.
“Lepas tu hang isi air bagi penuh..!!” sambungnya makin lantang. Aku macam boleh agak apa yang nak disuruh kawan aku tu. Tapi biarlah dulu.. aku rasa korang pun mesti dapat agak kan kan kan…
“Wei hang dengar tak cakap aku nie????” Tanya kawan aku setelah diperhatikannya yang aku sedang mengelamun. “ye la, aku dengar la nie” balas aku.
Point Utama
“masukkan kepala hang dalam baldi yang berisi air tu.. kemudian jangan lupa untuk hang ajak adik hang atau bini hang tolong sekali..!! Cakap kat depa, biar apa terjadi sekalipun. Jangan tolong hang, suruh depa tekan kepala hang dalam air tu!!” arah kawan aku.. Gulppppp biar betul takpe-takpe aku dengar lagi citernya.
“Hang rasa hang mati kalau kena tekan dalam air macam tu???” Tanya kawan aku. Korang rasa??
………………….
…………………….
…………………
……………………..
“Aku dulu dah buat muzs.... aku mintak tolong dari bini aku untuk tekan kepala aku, memula aku tarik nafas dalam-dalam, 40saat yang pertama aku cuba bertahan dengan sebaik mungkin….”
“Perlahan-lahan aku terasa tekanan dari tangan bini aku dibelakang kepala aku semakin kuat. Hampir masuk satu minit setengah aku mula mengangkat tangan beri isyarat pada bini aku agar melepaskan sebab rasa dah tak tahan.”
“Malang sekali bini aku buat tak reti sebab matanya sibuk tengok TV yang dipasang kuat dari depan ruang tamu. Apalagi, meronta-ronta aku sampai terbalik baldi tue” Jelas kawan aku.
Pengajarannya
Disaat kamu meronta-ronta meminta dilepaskan… meminta nyawa… maka itulah dia usaha mati-matian. Kalau usaha kamu belum sampai ketahap itu, maka cuba lagi!!!!” Kata kawan aku…
Pada rakan-rakan semua, jangan cepat sangat putus asa, jangan cepat mengalah, jangan menyalah takdir. Sebab dalam kebanyakan hal, kita sebenarnya tidak berusaha bermati-matian dalam mencapai cita-cita.
Aku dah buat!!! Kepala dalam BALDI yang penuh air dan ditekan oleh adik aku!! Sememanngya aku faham pengertian melakukan sesuatu mati-matian. Dalam banyak hal sepanjang hidup aku… percubaan aku diumpamakan sekadar melepasi 20saat yang pertama dalam BALDI tersebut!!!!!!!!!!!!!!
Salam - Muzs
Some of 2008 Training Memories
Bank Simpanan Nasional (10 batches)
MMHE Pasir Gudang Johor
SK Pasir Gudang3 & UUM Sintok Kedah
Kementerian Pelajaran Malaysia & CMKS Pasir Gudang
Syarikat Air Johor
Pejabat Peguam Negara
SHINETSU Malaysia Shah Alam & Wearness Electronics Pontian
Apollo Food Industries & Bank Simpanan Nasional (TOT)
NDK Team Building